Jumaat, 21 Mei 2010

20 Mei, "Everybody Introduce Prophet Mohammed Day"

20 Mei, Hari Nabi Muhammad.                                         Jangan salah faham, ini bukan sambutan hari lahir Rasulullah sebagaimana tradisi di Malaysia dan negara-negara Islam lain yang menyambut Mawlid Nabi. Tetapi 20 Mei, Hari Nabi Muhammad adalah satu kempen dakwah yang dijalankan di alam maya oleh mereka yang cintakan Nabi Muhammad. Dengan moto "Everybody Introduce Prophet Mohammed Day" , ia adalah kempen dakwah sebagai respon kepada kempen "Everybody Draw Mohammed Day" yang dilancarkan pada 20 April 2010 yang lalu oleh golongan ekstremis yang bencikan mesej keamanan yang dibawa oleh Islam.
Everybody Introduce Prophet Mohammed Day!
On 20th April, 2010, a drawing appeared on Internet announcing May 20th to be an international day where everybody should create a drawing of Prophet Mohammed, may peace and blessings be upon him, as an event supporting unrestricted freedom of speech. The drawing went viral on the internet, and within one week the idea became popular on Facebook, was supported by numerous bloggers, and generated coverage on the blog websites of major U.S. newspapers.‘Everybody Introduce Prophet Mohammed Day!’ is a dawah campaign in response to ‘Everybody Draw Mohammed Day!’. Our campaign is targeting 1 Million internet post on May 20th introducing Prophet Mohammed, may peace and blessings be upon him, to Non-Muslims. Every Muslim who has access to the internet should introduce Prophet Mohammed, may peace and blessings be upon him, to at least 10 Non-Muslims anywhere on the internet, either through Facebook, Twitter, YouTube, Blogs, or standard e-mail. A brief introduction to Prophet Mohammed, may peace be upon him, has been written and the message has been translated to English, Francais, Deutch, Swedish, Italian, Spanish, and Russian so that you start sending and posting these messages everywhere on the internet.

Bagaimanakah reaksi kita kepada pelbagai penghinaan, tekanan dan serangan yang dikenakan kepada Islam dan Umat Islam? Terdapat 3 keadaan atau golongan Umat Islam yang menangani isu ini. Satu golongan akan berdemonstrasi, berteriak di jalanan, membakar poster & bendera, membuat ancaman bunuh dan ada yang sampai kepada tahap melakukan serangan. Satu golongan lagi mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti 'ini adalah kebebasan bersuara, selepas beberapa lama orang akan lupa', 'ini bukan urusan saya','buang masa' dan seumpamanya. Kedua-dua golongan ini adalah ekstrem dengan cara masing-masing. 

Golongan yang ketiga ialah golongan yang menghadapi penghinaan ini dengan cara matang, membina dan dakwah. Golongan ini, sebagaimana yang ditulis oleh Bro Abdul Sattar, sedar tentang 3 perkara.

1. Mereka tidak terkejut dengan apa yang berlaku samada dari sudut emosi dan intelektual kerana sedar tentang peringatan yang diberikan oleh Allah di dalam firman-Nya:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah-ayat 120)

Sememangnya Allah telah menyatakan bahawa non-muslim kecuali sebilangan kecil tidak & tidak akan untuk selama-lamanya di dunia ini akan gembira dengan Islam dan Umat Islam sehinggalah kita mengikuti telunjuk mereka. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik jika ada orang seperti Robert Spencer, Daniel Pipes atau Geert Wilders melakukan penghinaan terhadap Islam. Tentangan terhadap Islam akan berlaku sehingga ke akhir zaman, persoalannya bagaimana harus kita tangani tentangan tersebut.

Maka tidak perlulah kita merayu kepada mereka agar menghentikan tindakan menghina Islam atau menjadi samseng jalanan dengan menunjukkan perasaan marah kepada mereka di negara kita.Kita perlu sedar bahawa mereka yang menghina Islam, Nabi Muhammad dan mungkin sampai mempermainkan Allah s.w.t, akan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Yakinlah bahawa Allah akan mengenakan balasan yang setimpal untuk mereka di akhirat nanti atas apa yang dikerjakan.

Ya, memang kita perlu mempertahankan Islam tetapi dengan cara Dakwah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah.

2. Mereka respon kepada kejadian yang berlaku dengan panduan Al-Quran & As-Sunnah


Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Al-Furqaan - ayat 63)


Rasulullah pernah diejek oleh orang Yahudi dengan pemberian salam 'Assaamu alaikum' (Celaka atas kamu). A'isyah yang mendengar ejekan tersebuk ingin membalas salam yang sama apa yang diucapkan oleh Yahudi tersebut tetapi Rasulullah menegur dan menyuruh beliau menjawap dengan ucapan 'waalaikum' (dan atas kamu) sahaja.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl - ayat 125) 


3. Mula dakwah dengan diri sendiri dan jangan mengharap kepada orang lain

Sudah tiba masa untuk kita memulakan dakwah yang sepatutnya kita mampu laksanakan pada tahap kita. Jangan menunggu orang lain untuk memulakannya dan jangan mengharapkan orang lain untuk mengetuai dakwah ini. Sesungguhnya Islam itu terhijab kerana kita tidak memaparkan Islam yang sebenar.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada saudara-saudara untuk memulakan atau meneruskan dakwah. Berhentilah membakar bendera tetapi bakarlah semangat.

Stop breaking, burning, and screaming.


Start building, learning, and calling.

Tiada ulasan: