Ahad, 9 Mei 2010

Renungan buat kita dari kalam Salafuna



[قال خباب بن الأرت لرجل: ( تقرب إلى الله ما استطعت واعلم أنك لن تتقرب إليه بشيء أحب إليه من كلامه ) [رواه الحاكم

Berkata Khabab Bin Arat kepada seorang lelaki (Dekatilah kpd Allah seupaya kamu dan ketahuilah sesungguhnya engkau tidak dapat mendekati-Nya dengan sesuatu pun yang lebih disukainya daripada Kalam-Nya) - Riwayat Hakim


[قال ابن مسعود رضي الله عنه: ( من أحي القرآن فهو يحب الله ورسوله ) [رواه الطبراني

Berkata Ibnu Masud Radiyallahu anhu (Sesiapa yang menghidupkan Al-Quran maka dia cintakan Allah dan Rasul-Nya) - Riwayat Tabarani


قال الحافظ السيوطي: ( تعليم الصبيان القرآن أصل من أصول الإسلام به ينشأ على الفطرة ويسبق إلى قلوبهم أنوار الحكمة قبل تمكن الأهواء منها وسوادها بأكدار المعصية والضلال ). 

Berkata Al-Hafiz Sayuti ( Mengajar anak-anak Al-Quran adalah asas daripada asas-asas Islam. Dengan Al-Quran anak-anak membesar atas Fitrah, akan terlebih dahulu memasuki hati-hati mereka cahaya-cahaya kebijaksanaan sebelum hawa nafsu mengcengkamnya dan hatinya dihitamkan oleh kotoran maksiat dan kesesatan)


قال ابن تيمية رحمه الله: ( وأما طلب حفظ القرآن فهو مقدم على كثير مما تسميه الناس علماً وهو إما باطل أو قليل النفع  

Berkata Ibnu Taimiyyah Rahimahullah ( Tuntutan menghafaz Al-Quran adalah lebih utama atas segala yang dinamakan oleh manusia sebagai ilmu kerana samada ianya adalah kebatilan atau sedikitnya faedah)




Tiada ulasan: