عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ، ثُمَّ قُلْ: اللهم أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ؛ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ؛ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ، وَإِنْ أَصْبَحْتَ أَصَبْتَ خَيْرًا، وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِ.
قَالَ: فَرَدَّدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ
فَلَمَّا بَلَغْتُ: اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، قُلْتُ: وَرَسُولِكَ، قَالَ: لا، وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Daripada Bara' Bin Azib beliau berkata, Nabi Sallalahualihiwasallam bersabda: Apabila kamu ingin mendatangi tempat tidur kamu maka berwudu' seperti wudu'untuk solat kemudian berbaringlah atas rusuk kanan, kemudian berdoalah: Ya Allah ya tuhanku aku menyerahkan diriku kepada Mu, aku menghadapkan wajahku dan menyandarkan belakangku kepada Mu, aku menyerahkan segala urusanku kepada Mu, dalam keadaan berharap dan takut kepada Mu. Tidak ada tempat untuk bersembunyi dari Mu melainkan kepada Engkau jua lah. Aku telah beriman dengan kitab Mu yang Engkau turunkan, dan dengan nabi Mu yang Engkau utuskan. Jika kamu mati pada malam tersebut maka kamu mati di atas Fitrah, dan jika kamu bangun pada waktu pagi maka kamu akan mendapat kebaikan. Jadikanlah doa tersebut ucapan akhirmu.
Aku mengulangi doa tersebut kepada nabi. Maka apabila aku sampai kepada ucapan اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ aku berkata وَرَسُولِكَ maka nabi menegur: tidak, وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Pengajaran Hadis
Rasulullah menggalakkan tidur dalam keadaan suci iaitu dengan cara Rasulullah menyuruh mengambil wudu' terlebih dahulu. Antara faedah bersuci sebelum tidur adalah:
Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci maka apabila dia mati dalam keadaan tidur, dia mati dalam keadaan suci. Berkata Mujahid:
قال لي ابن عباس رضي الله عنهما لا تبيتن إلا على وضوء؛ فان الأرواح تبعث على ما قبضت عليه
Berkata kepadaku Ibnu Abbas r.a : Janganlah kamu tidur melainkan dalam keadaan berwudu'; sesungguhnya ruh-ruh akan dibangkitkan (di mahsyar) dalam keadaan sebagaimana ia dicabut.
Diterima Doa oleh Allah sebagaimana Hadis Abu Umamah; aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
من أوى إلى فراشه طاهرا لم ينقلب ساعة من الليل يسأل الله شيئا من خير الدنيا و الآخرة إلا أعطاه إياه
Sesiapa yang berbaring di atas tilamnya dalam keadaan bersuci, tidak akan dia terjaga sesaat daripada waktu malam dan memohon kepada Allah sesuatu daripada kebaikan dunia dan akhiratmelainkan Allah akan memberikan apa yang diminta- Hadis riwayat tirmizi
Mendapat mimpi yang benar
Terlepas daripada gangguan syaitan
Selain itu Rasulullah menggalakkan kita memulakan tidur dengan cara berbaring di sebelah rusuk kanan dan membaca doa. Terdapat banyak doa tidur yang diajar oleh Rasulullah antaranya seperti hadis di atas iaitu:
اللهم أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ؛ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Doa tersebut merupakan satu ikrar seorang hamba tentang ketauhidan dan kebergantungannya kepada Allah. Kita menyatakan ketundukan kita kepada hukum-hakam Allah, kita mengikhlaskan segala amalan untuk Allah, kita meminta hanya kepada Allah, kita menyerahkan segala urusan kita kepada Allah dan bertawakkal kepadanya kerana kita yakin bahawa tidak ada sesiapapun dapat memberikan perlindungan melainkan Allah jua. Sebagaimana firman Allah:
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)- Surah At-Thalaq ayat 3
أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ bermaksud aku menjadikan diri ku mengikuti segala hukam-hakam mu
ووجهت وجهي إليك bermaksud segala amalanku adalah ikhlas untukmu
وفوضت أمري إليك bermaksud aku bergantung dan aku bertawakkal kepada mu
وألجأت ظهري إليك bermaksud aku memohon pertolongan kepadamu
رغبة ورهبة إليك bermaksud berharap kepada ganjaranmu dan takut kepada azabmu, ini adalah jawapan kepada mereka yang berkata bahawa tidak boleh beribadah kerana hendakkan syurga Allah dan takutkan azab Allah. Sedangkan Allah berfirman menceritakan sifat para nabi:
Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami. - Surah Al-Anbiya' ayat 90
Akhir sekali kita memperakui keimanan kita kepada Al-Quran yang diturunkan dan nabi yang telah diutuskan.
Pengajaran yang terbesar daripada hadis ini ialah zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah merupakan ibadah yang bersifat tauqifiyyah. Iaitu tidak boleh sesiapapun menukarkan perkataan atau mendatangkan zikir yang lain kerana ia adalah satu yang baru dan tidak akan diterima oleh Allah sebagaimana Bara' Bin A'zib yang ditegur oleh Rasulullah kerana memendekkan doa tersebut.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan