Rabu, 13 Oktober 2010

Hadis 40 Berbuat Baik Kepada Kedua Ibubapa (الأربعون في بر الوالدين ) - Karya Nasir Bin Ahmad As-Suhaji

Hadis Pertama 

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : " الصلاة على وقتها " . قلت : ثم أي ؟ قال : " بر الوالدين " . قلت : ثم أي ؟ قال : " الجهاد في سبيل الله " .
                                         متفق عليه

Daripada Abdullah Bin Mas'ud R.A berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah sallahualaihi wasallam: Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Rasululullah menjawap " Solat pada waktunya." Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah menjawap "berbuat baik kepada kedua ibubapa". Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah menjawap: "Berjihad di jalan Allah". (Muttafaqun alaihi)
 
 Aku berkata:
 
Hadis ini menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah amalan yang paling afdhal selepas solat yang merupakan asas yang terbesar di dalam Islam. Berbuat baik ialah:
 
الإحسان إليهما بالقول والفعل والمال بقدر الاستطاعة 
Membuat Ihsan kepada keduannya melalui percakapan, perbuatan dan harta-benda sekadar kemampuan.
 
Hadis ini menunjukkan berbuat baik kepada ibubapa mendahului berjihad di jalan Allah selagi jihad tidak ditentukan ke atas setiap orang apabila kehadiran musuh. Apabila musuh datang menyerang dan jihad menjadi fardhu ain ke atas setiap orang maka ia mendahului bebrbuat baik kepada ibubapa
 
Hadis ini menggalakkkan berbuat baik kepada ibubapa kerana ia adalah seafdhal amal untuk mendekatkan diri kepada Allah
 
Terjemahan daripada الأربعون في بر الوالدين  dikumpulkan oleh ناصر بن أحمد بن عبد النعيم بن أحمد السوهاجي
  

Tiada ulasan: