Alhamdulillah setelah lama tidak menulis di blog ni, malam ni digerakkan oleh Allah untuk menulis sesuatu dan ini adalah tulisan pertama buat tahun 2011.
Sekarang ini berlangsung Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC. Bagi peminat buku, pesta ini adalah pesta yang amat ditunggu-tunggu tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak endah tentang buku, mungkin mereka tidak peduli tentang pesta tersebut. Saya, alhamdulilah, telah dimudahkan oleh Allah untuk ke pesta buku tersebut pada hari pertama lagi iaitu pada 22 April lalu. Walau bagaimanapun tak berkesempatan untuk melawat ke semua gerai kerana kesuntukan masa sebab saya pergi antara waktu senggang sembahyang Jumaat. Keputusan untuk mengadakan sembahyang Jumaat di PWTC amat baik sekali kerana memudahkan orang ramai terutama semasa diadakan acara seumpama pesta buku ini.
Saya sempat membeli dua buku di gerai MPH padahari tersebut. MPH menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi semua bukunya. Buku yang paling utama dipromosikan tidak lain dan tidak bukan ialah buku yang baru diterbitkan MPH tentang biografi Tun Mahathir bertajuk 'A Doctor in the House'. Sayangnya saya dah beli buku ini dengan harga RM100 dekat Pustaka Mu'min di Jalan Tunku Abdul Rahman semasa ia baru dikeluarkan lagi, kalau beli di pesta ini dapat dengan harga RM90. Dah boleh jimat untuk makan sehari.
Buku yang saya beli sebenarnya bukanlah buku yang baru diterbitkan tetapi baru sekarang berkesempatan untuk memilikinya. Faktor wang dan keutamaan menyebabkan buku tersebut baru dapat dibeli. 'The case for God' karya Karen Armstrong dan 'You've Got to Read This Book! : 55 People Tell the Story of the Book That Changed Their Life' oleh Jack Canfield dan Gay Hendricks.
Kenapa saya beli 2 buku ini? Sebenarnya dah lama timbul keinginan untuk membaca buku karangan Karen Armstrong kerana buku beliau banyak menyentuh tentang agama-agama dan tajuk buku beliau nampak semacam kritikal. Selain buku ini. antara karangan beliau juga ialah A History of God dan The Battle For God. Karen dalam satu temuramah yang dikeluarkan oleh The Guardian dalam tahun 2006 memberikan komen berikut tentang Islam:
In an interview with Bill Moyers, Armstrong compared Christianity to Islam, stating that "Islam is a religion of success. Unlike Christianity, which has as its main image, in the west at least, a man dying in a devastating, disgraceful, helpless death… Mohammed was not an apparent failure. He was a dazzling success, politically as well as spiritually, and Islam went from strength to strength to strength." Armstrong also affirms that “Until the 20th century, Islam was a far more tolerant and peaceful faith than Christianity. The Qur’an strictly forbids any coercion in religion and regards all rightly guided religion as coming from God; and despite the western belief to the contrary, Muslims did not impose their faith by the sword.”
Perkara ini menarik minat saya untuk membaca karya-karya beliau tentang perbandingan agama dan mungkin The Case for God adalah permulaannya. Manakala buku yang kedua pula adalah buku motivasi tentang buku. 55 orang berkumpul dan menceritakan pengalaman masing-masing tentang buku yang telah mengubah kehidupan mereka. Saya mula-mula mendapat tahu tentang buku ini adalah melalui rancangan resensi di RTM1. Kedua-dua buku tersebut berharga RM49.90 setiap satu dan diberikan diskaun sebanyak 10%.
Selain membeli buku-buku ini, sempat juga melihat kitab-kitab Arab. Tetapi macam biasa, harganya amat mahal walaupun diberikan diskaun. Insyaallah saya akan pergi lagi ke pesta buku pada hari Khamis nanti untuk melawat ke semua gerai yang belum sempat dilawati. Nak membelinya belum tentu lagi, kena melihat bajet dahulu.
Kepada yang masih belum pergi dan merancang untuk pergi, saya ucapkam selamat membeli-belah di pesta buku antarabangsa 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan