Salam bermaksud kesejahteraan; Salam membawa erti keselamatan; Salam meyebarkan keamanan; "Pesan Rasul sebarkanlah Salam"
View this post on Instagram Shaykh Mahmud Shaltut merupakan Syeikhul Azhar dari tahun 1958-1963. Beliau adalah anak murid kepada Muhammad Abduh dan sebagaimana gurunya membawa idea pembaharuan. Salah satu karya beliau adalah 'Islam: Akidah dan Syariah' (الاسلام عقيدة و شريعة) yang menjelaskan tentang perihal Islam merangkumi akidah dan syariat secara tersusun dan rasional. Buku ini umpama buku karya Ali Al-Tantawi iaitu تعريف عام بدين الاسلام yang ditulis tahun 1970. Antara yang dibicara oleh beliau dalam buku tersebut ialah orang yang tidak beriman dengan segala rukun Iman dan Islam tidak boleh dikatakan kufur di sisi Allah dan kekal di neraka sebaliknya ia hanyalah hukum Islam tidak boleh dikenakan ke atas mereka di dunia. Manakala kekufurannya kepada Allah bergantung kepada keingkarannya kepada aqidah Islam setelah sampai kepadanya gambaran Islam yang sebenar, dan dia berpuashati dengan maklumat tersebut bahawa Islam adalah agama yang benar tetapi masih ingkar kerana sombong, atau tamak kepada harta, pangkat dan kemegahan atau takut akan celaan orang lain. m/s 37-38. Wallahu A'lam. غفر الله للشيخ ورحمه. A post shared by Shahizad Sulaiman (@shahizadsulaiman) on Mar 17, 2020 at 1:09am PDT
Catat Ulasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan