Jumaat, 14 Jun 2013

Perbuatan atau Perkhidmatan sebagai Maskahwin?


Di dalam Sunan Abi Daud, Imam Abu Daud meletakkan satu tajuk bab yang bertajuk Bab Mengahwinkan dengan Amalan yang dilakukan (باب في التزويج على العمل يعمل ). Di bawah tajuk bab ini Imam Abu Daud membawakan satu hadith seperti berikut:  

 حدثنا القعنبي عن مالك عن أبي حازم بن دينار عن سهل بن سعد الساعديأن رسول الله صلى الله عليه وسلم جاءته امرأة فقالت يا رسول الله إني قد وهبت نفسي لك فقامت قياما طويلا فقام رجل فقال يا رسول الله زوجنيها إن لم يكن لك بها حاجة فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم هل عندك من شيء تصدقها إياه فقال ما عندي إلا إزاري هذا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إنك إن أعطيتها إزارك جلست ولا إزار لك فالتمس شيئا قال لا أجد شيئا قال فالتمس ولو خاتما من حديد فالتمس فلم يجد شيئا فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم فهل معك من القرآن شيء قال نعم سورة كذا وسورة كذا لسور سماها فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم قد      زوجتكها بما معك من القرآن   

Meriwayatkan kepada kami al-Qa'nabi daripada Malik daripada Abi Hazm Bin Dinar daripada Sahal Bin Sa'ad Al-Sa'idi (Rasulullah Sallalahualaihi Wasallam didatangi seorang perempuan. Perempuan tersebut berkata (kepada baginda) 'Wahai Rasulullah, aku serahkan diriku (untuk dikahwini) kepada kamu'. Maka dia berdiri untuk satu tempoh yang lama. Kemudian berdiri seorang lelaki dan berkata 'Wahai Rasulullah, kahwinkanlah aku dengannya jika kamu tidak berkehendak (mengahwini) kepadanya. Maka Rasulullah bertanya: Adakah kamu memiliki sesuatu untuk diberikan mas kahwin kepadanya'. Lelaki tersebut menjawap: Aku tidak memiliki sesuatupun kecuali kainku ini sahaja. Rasululullah kemudian berkata: Jika kamu memberikan kain kamu ini kepadanya, kamu akan duduk tanpa kain. Carilah (sesuatu) walaupun cincin daripada besi'. Maka lelaki tersebut mencari akan tetapi dia tidak menjumpai apa pun. Rasulullah bertanya lagi: Adakah kamu mempunyai (menghafaz) sesuatu daripada Al-Quran. Lelaki tersebut menjawap: Ya, (aku menghafaz) surah itu dan surah itu, sebagaimana nama surah yang dinamakannya. Rasulullah kemudian bersabda kepada lelaki tersebut: Aku nikahkan kamu dengan perempuan ini dengan maskahwin apa yang ada pada kamu daripada Al-Quran. 

Berdasarkan kepada hadith tersebut, Imam Khatabi menyatakan bahawa ulama' berbeza pendapat mengenai harus berkahwin dengan menjadikan pengajaran Al-Quran sebagai maskahwin. As-Syafie mengharuskannya berdasarkan zahir hadith. Manakala Malik pula tidak mengharuskannya, itulah juga pendapat Ashab Ra'yi. Manakala Ahmad pula memakruhkannya. 


Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: