Sabtu, 21 Mac 2020

بذل الماعون في فضل الطاعون

View this post on Instagram

Ulama' dan Pandemik Dalam sejarah Islam, ramai ulama' telah merekodkan sejarah berlakunya wabak @ pandemik yang berlaku di zaman mereka. Antara peristiwa wabak yang terkenal dalam sejarah adalah: - Taun Amwas (18H) - Taun Jarif - Taun Fatayat @ Ashraf - Taun Muslim Bin Qutaibah - Wabak zaman pemerintahan Abbasiyyah, Mamlukiyyah dan Ayyubiyyah di Timur serta di Barat Islam. Salah seorg yg menulis berkenaan wabak adalah Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, pensyarah terkenal Sahih Al-Bukhari, dengan tajuk بذل الماعون في فضل الطاعون @ 'Meberikan pertolongan kepada kelebihan wabak taun'. Imam Ibn Hajar menulis buku ini pada tahun 819H atas permintaan orang ramai yg mahu beliau mengulas tentang hadith-hadith berkaitan wabak. Namun penulisan tersebut terhenti sehinggalah disambung kembali pada tahun 833H. Antara faktor beliau berhenti dan menyambung kembali adalah kerana kematian 3 anak perempuannya, Aliyah, Fatimah dan Zain Khatun, kerana wabak taun. Buku ini memberikan ketenangan kepada beliau dalam menhadapi kematian anaknya kerana antara hadith yang disyarahkan dalam kitab ini adalah sesiapa yang mati kerana taun maka dia mati syahid. Wallahua'lam.

A post shared by Shahizad Sulaiman (@shahizadsulaiman) on