Isnin, 19 April 2010

“Sehari Bersama Hadis 40 Imam Nawawi” anjuran al-ahkam.net & Islamic Information & Services (IIS)

Alhamdulillah pada 14 Mac 2010 iaitu hari Ahad yg lalu, saya & isteri telah menghadiri satu program ilmu yang amat menarik dan memang perlu diperbanyakkan lagi. Walaupun hampir separuh hari kami habis menghadiri program tersebut tapi terasa tidak sia-sia. Program tersebut ialah “Sehari Bersama Hadis 40 Imam Nawawi” anjuran al-ahkam.net & Islamic Information & Services (IIS) yg diadakan di pejabat IIS. Yg paling menarik ialah program ni adalah percuma & makanan disediakan. Memang payah nak cari program ilmu yg bukan sahaja memberi ilmu tetapi memberi makan secara percuma. Panel yang dijemput untuk bercakap ialah Ustaz Adlan Adul Aziz, Ustaz Mohd Ridhuan drp UIA & Ustaz Juraimi @ Pendekar.

Insyaallah jika ada kelapangan akan saya cuba ringkaskan perbincangan pada hari tersebut.

Tiada ulasan: