Selasa, 11 Mei 2010

Apakah itu Kasturi?

Dalam Bahasa Melayu ia dikenali sebagai kasturi. Dalam bahasa Inggeris di panggil Mask, bahasa Parsi pula mengenalinya dengan nama Muskh. Apakah ia sebenarnya? Di dalam Al-Quran Allat berfirman di dalam ayat 26 Surah Al-Mutaffifin:



Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan.(Ayat 26-Surah Al-Mutaffifin)



Manakala dalam hadis yang mashyur berkenaan dengan puasa ialah

قال النبي صلى الله عليه وسلم: «وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏‏ بِيَدِهِ ‏‏ لَخُلُوفُ ‏‏ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ» متفق عليه

Bersabda Nabi saw {Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi} Mutaffaq alaihi

Imam Nawawi dalam syarahnya terhadap Hadis di atas yang terdapat dalam Sohih Muslim menyatakan bahawa Ashab Syafie menyatakan hukum bersiwak (berus gigi) ketika berpuasa selepas daripada terbenam matahari adalah makruhah kerana diqiaskan dengan hadis orang yang mati syahid tidak dimandikan kerana baunya adalah lebih wangi disi Allah S.W.T. 

Apakah itu kasturi? Kasturi ni adalah sejenis darah yang terdapat dalam kekandi (seperti gambar di atas) yang terdapat pada bahagian antara pusat dan testikal sejenis kijang lelaki yang dikenali dengan nama 'Musk Deer' atau bahasa saintifiknya Moschus moschiferus. Kekandi ini boleh luruh sendiri apabila ia telah matang dan akan tumbuh kembali. Apabila dibuka kekandi tersebut ke adaan dalamnya seperti biji-biji delima dan ia akan menjadi kering. Kalau telah dikeluarkan daripada kekandi tersebut, kasturi cuma akan tahan selama setahun dan jika dibiarkan di dalam kekandi tersebut ia akan bertahan selama 2 atau 3 tahun. Untuk membuatkan kasturi tahan lama ia dicampurkan ke dalam alkohol.

Ada juga kasturi tiruan yang dipanggil Mush Dana. Kata orang untuk tahu samada kasturi tersebut tiruan atau tidak adalah dengan mencucuk jarum pada bawang dan kemudian dicucuk kepada kasturi. Jika ia mengeluarkan bau yang busuk maka ia adalah tiruan. Selain itu kasturi tiruan juga akan berkulat manakala yang asli tidak akan berkulat. Berat satu kekandi ini adalah antara 25 - 30 gram. Kerana kasturi disebut di dalam Al-Quran dan juga sabit di dalam hadis-hadis sohih maka ia mempunyai banyak khasiat antaranya menguatkan pancaindera, menguatkan tenaga batin, ubat lemah jantung, histeria, ubat gemuruh, sawan/ummu sibyan, polio, lakhwah/lumpuh bahagian muka, parkinson, sakit kepala, selsema berpanjangan, menyegarkan kulit dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun kerana untuk mendapatkan kasturi ini agak susah maka harganya mahal.     Di dalam wikepedia diberitahu bahawa kasturi ini tidak diketahui kewujudannya pada zaman dahulu sehinggalah pada kurun ke-5 apabila ia disebut di dalam Kitab Talmud @ Taurat Lisan bagi bangsa Yahudi. Berikut petikan daripada wikipedia:

Musk was unknown in classical antiquity and reference to it does not appear until the 5th century when it is mentioned in the Talmud (Brachot 43.) as an animal-based fragrance. The 6th-century Greek explorer Cosmas Indicopleustes mentioned it as a product obtained from India.[3] Soon afterwards Arab and Byzantine perfume makers began to use it, and it acquired a reputation as an aphrodisiac.[3] Under the Abbasid Empire of Arabs it was highly regarded, and the caliphs of Baghdad used it lavishly. In the early 9th century, Al-Kindi included it in a large number of his perfume recipes and it became one of the important luxury items brought by Arabian ships from the East.[3] The etymology of the name musk, originating from Sanskrit मुस्कस् muṣká via Middle Persian مسک mušk, Late Greek μόσχος (moschos), Late Latin muscus, Middle French musc and Middle English muske, hints at its trade route.

The musk deer belongs to the family Moschidae and lives in Pakistan, India, Tibet, China, Siberia and Mongolia. To obtain the musk, the deer is killed and its gland, also called "musk pod", is removed. It is dried either in the sun, on a hot stone, or by immersion in hot oil. Upon drying, the reddish-brown paste turns into a black granular material called "musk grain", which is used for alcoholic solutions. The aroma of the tincture becomes more intense during storage and gives a pleasant odor only after it is considerably diluted. No other natural substance has such a complex aroma associated with so many contradictory descriptions; however, it is usually described abstractly as animalic, earthy and woody or something akin to the odor of baby's skin.

Good musk is of a dark purplish color, dry, smooth and unctuous to the touch, and bitter in taste. The grain of musk will distinctly scent millions of cubic feet of air without any appreciable loss of weight, and its scent is not only more penetrating but more persistent than that of any other known substance. In addition to its odoriferous principle, it contains ammonia, cholesterol, fatty matter, a bitter resinous substance, and other animal principles.
The best quality is Tonkin musk from Tibet and China, followed by Assam and Nepal musk, while Carbadine musk from Russian and Chinese Himalayan regions are considered inferior.Obtaining one kilogram (2.2 lb) of musk grains requires between thirty and fifty deer, making musk tinctures highly expensive. At the beginning of the 19th century, Tonkin musk grains cost about twice their weight in gold.

Musk has been a key constituent in many perfumes since its discovery, being held to give a perfume long-lasting power as a fixative. Despite its high price, musk tinctures were used in perfumery until 1979, when musk deers were protected as an endangered species by the Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna (CITES). Today the trade quantity of the natural musk is controlled by CITES but illegal poaching and trading continues.[5] An illegal shipment of 700 kilograms (1,500 lb) of Chinese musk from the musk deer was seized in Japan in 1987, an amount corresponding to approximately 100,000 deer killed.
petikan drpd http://en.wikipedia.org/wiki/Talmud
 
'Musk Deer' atau kijang kasturi  ini tidak mempunyai tanduk dan mempunyai ekor yang kecil. Allah menjadikan kijang lelaki ini mempunyai kasturi adalah untuk menarik perhatian kijang wanita. Manusia membunuh kijang ini untuk mendapatkan kasturinya untuk digunakan dalam minyak wangi dan perubatan Cina. Kasturi turut digunakan dalam perubatan Yunani satu ketika dahulu.Ketinggian kijang ini adalah antara 80 - 100 cm.  

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: