Isnin, 17 Mei 2010

16 MEI HARI GURU

16 Mei merupakan tarikh yang sinonim dengan hari guru. Sambutan hari guru diadakan adalah untuk menghargai jasa para pendidik dari dahulu sehingga kini yang merupakan tulang belakang bagi pembinaan sesebuah negara. Ini kerana guru adalah mereka yang memberikan ilmu kepada manusia dan ilmu merupakan punca sesuatu tamadun. Islam amat menitik beratkan pencarian ilmu. Justeru itu, kedudukan seorang guru amat tinggi di sisi Islam. Walaupun tidak diwujudkan hari yang khusus untuk mengingati guru sebagaimana tiada hari khusus untuk meraikan ibu tetapi Islam amat menyanjung tugas seorang guru. Bahkan guru merupakan penyambung tugas Rasul dalam mendidik masyarakat sebagaimana kata Syeikh Solih AL-Munjid:

التعليم وظيفة الأنبياء وعمل الرسل الكرام ، وأي فضيلة أعظم من حمل ميراث الأنبياء وتقسيمه بين الناس
Mengajar adalah merupakan tugas para nabi dan pekerjaan para Rasul yang mulia, dan kelebihan yang manakah lebih besar daripada memikul warisan para nabi dan membahagikannya antara manusia. (www.islam-qa.com)

Rasullah juga memperakui bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang menuntut ilmu terlebih dahulu dengan tujuan kemudiannya untuk menjadi guru. Sabda Rasulullah:

(خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ- رواه البخاري (5027
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya- Riwayat Bukhari (5027)

Di dalam Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير
رواه الترمذي (3685
Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia - Riwayat Tirmizi (3685) di sohihkan Al-Albani dalam Sohih Tirmizi

Oleh itu guru perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan ikhlas dan seamanah mungkin sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Bukan melaksana tanggungjawab tersebut  sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. Al-Mawardi di dalam Kitab Adab Ad-Dunia wa Ad-Din (m/s:99)  menyebut:

ومن آدابهم : أن يقصدوا وجه الله بتعليم من علَّموا ، ويطلبوا ثوابه بإرشاد من أرشدوا ، مِن غير أن يعتاضوا عليه عوضا ، ولا يلتمسوا عليه رزقا  
Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian (daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.

Hadis Maudu'

Oleh kerana kemulian seorang guru, terdapat golongan yang terlalu mengagungkan guru sehingga sanggup menciptakan hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Rasulullah. Mungkin tujuannya baik tetapi matlamat tidak boleh mneghalalkan cara. Antara hadis tersebut ialah: 

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (المعلمون خير الناس ، كلما خلق الذكر جدوده ، عظموهم ، ولا تستأجروهم فتحرجوهم ، فإن المعلم إذا قال للصبي قل : (بسم الله الرحمن الرحيم) ، وقال الصبي : (بسم الله الرحمن الرحيم) كتب الله براءة للصبي ، وبراءة لوالديه ، وبراءة للمعلم من النار)



 Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda (Guru-Guru adalah sebaik-baik manusia...............Apabila seseorang guru berkata kepada kanan-kanak katakanlah (Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Pengasihani) dan kanak-kanak tersebut berkata (Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Pengasihani), Allah akan menulis pelepasan untuk kanak-kanak tersebut, pelepasan untuk kedua ibu bapanya dan pelepasan untuk guru daripada api neraka  

Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih, Ibnu Jauzi di dalam komentarnya terhadap hadis ini di dalam 'Tahqiq Fi Ahadis Khilaf" (219/2) berkata : Hadis ini tidak boleh berhujah dengannya kerana ia daripada perbuatan Ahmad Bin Abdullah Al-Harawi, dia ialah Al-Juwaibari. Dia adalah seorang Penipu yang mencipta Hadis. Al-Mizzi, Ibnu Abdul Hadi dan Zahabi turut menghukum maudu' hadis tersebut di dalam Tanqih Tahqiq Al-Ta'liq (67/3) dan Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmuah (m/s 276).
ثلاثة لا يهولهم الفزع الأكبر ، ولا ينالهم الحساب ، وهم على كثيب من مسك حتى يفرغ من حساب الخلائق : رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله وأم به قوما هم به راضون ، وداع يدعو إلى الصلاة ابتغاء وجه الله ، وعبد أحسن فيما بينه وبين ربه وفيما بينه وبين مواليه


Diriwayatkan oleh Tabarani dan didhaifkan Al-Albani di dalam 'Daif Al-Jami'" (2578). Tetapi zahir hadis ini tidak merujuk kepada guru. Ia juga diriwayatkan oleh Al-Dailami dalam Musnad Firdaus (500/1), Khatib Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (63/3). Ibnu Jauzi di dalam kitabnya Al-Maudua'at (221/1) meletakkan hadis ini di bawah tajuk 'bab pahala bagi para guru' dan membawa riwayat daripada Ibnu Abbas dari jalan Asram bin Hausyab daripada Nahsyal Bin Said. Kedua-duanya penipu atau dituduh penipu. (Tahzibul Tahzib (479/10 & Mizan I'tidal (272/1)). Sayuti mamasukkan hadis ini di dalam kitabnya yang mengumpulkan hadis palsu iaitu Al-Lali' Al-Masnua'h (253/1), Ibnu A'rak dalam Tanzih Syariah (287), Syaukani dalam Fawaid Majmuah (276) dan Mulla Ali Qari dalam Asrar Marfua'h (107).

عنه صلى الله عليه وسلم أنه قال في حجة الوداع : اللهم اغفر للمعلمين ، وأطل أعمارهم ، وبارك لهم في كسبهم ومعاشهم


Daripada Rasulullah s.a.w, baginda berkhutbah semasa Haji Wada': Ya Allah ampunilah guru-guru, panjangkanlah umur mereka, dan berkatilah usaha dan kehidpan mereka.

Al-Baghdadi meriwayatkannya dalam Tarikh Baghdad (399/12), Ibnu Jauzi dalam Al-Maudua'at (221/1) dari jalan Muhammad Bin Farkhan. Baghdadi menyatakan dia tidak siqqah. Zahabi mengatakan ' Muhammad Bin Farkhan menciptanya (hadis ini) dan menempelkan dengan Ibu Arfah dengan sanad Sohihain, dan menambah padanya وأظلهم تحت عرشك '. (Talkhis Maudua'at (97))
Selain itu Syeikh Rasyid Redha turut mengumpul hadis-hadis palsu berkenaan kelebihan guru, antara hadis palsu tersebut ialah:

 ( اللهم اغفر للمعلمين لا يذهب القرآن وأعز العلماء لا يذهب الدين )
'Ya Allah ampunilah para guru yang tidak menghilangkan Al-Quran, dan perkuatkanlah ulama' yang tidak menghilangkan agama'

من علم عبدًا آية من الكتاب فهو له عبد 
Sesiapa yang mengajarkan seorang hamba Allah satu ayat daripada Al-Quran maka hamba tersebut adalah hamba baginya.

Ibnu Taimiyyah menyatakan hadis ini maudu' dan ia dikeluarkan oleh Tabarani

Walau apa pun SELAMAT HARI GURU, cikgu-cikgu.


Tiada ulasan: