Selasa, 18 Mei 2010

Peguam Bukan Islam di Mahkamah Syariah?

Call for study on non-Muslim syarie lawyer

Kelantan Syariah Court Chief Judge Daud Mohamad today called for a study to be carried out following the Kuala Lumpur High Court's decision to allow a non-Muslim to seek a judicial review to enable her to become a syarie lawyer. A study should be carried out to get an explanation based on the country's laws and constitution, he told Bernama in Kota Bharu today. This was because Kelantan's Administration of Syariah Court Enactment 1982, and that of the other states did not allow a non-Muslim lawyer to handle cases involving syariah laws. "Hence, the issue of a non-Muslim lawyer being allowed to handle cases in the syariah court is indeed extraordinary," he said.

Daud was commenting on the Kuala Lumpur High Court's decision on Friday to allow a non-Muslim woman lawyer to seek a judicial review to practice as a syariah lawyer in Kuala Lumpur.Justice Mohd Zawawi Salleh granted Victoria Jayaseele Martin's application for leave to seek a judicial review for a mandamus order to compel the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) to accept her as a syariah lawyer.

Bagi saya ini tidak melibatkan hukum-hakam tetapi lebih kepada pentadbiran. Jawatan peguam bukanlah diwujudkan oleh agama sebagaimana imam bagi solat atau wali pernikahan, sebaliknya ia diwujudkan secara pentadbiran. Peguam hanyalah pemudahcara untuk mencapai kebenaran kerana pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan di dalam mahkamah tidak mahir dalam selok-belok perundangan dan tidak tahu enakmen serta seksyen yang terdapat di dalam undang-undang. MAIWP mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk menghalang peguam tersebut. Persatuan Peguam Syarie turut tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah ni.


Jika kita melihat berita ini dari sudut positif, perkembangan ini menunjukkan bahawa non-Muslim pun boleh menerima hukum yang ditetapkan oleh Islam. Tetapi peguam non-Muslim tersebut perlulah terlebih dahulu betul-betul tahu undang-undang syarie' bukan setakat tahu enakmen undang-undang semata-mata. Isu peguam tersebut perlu berhujah dengan Al-Quran dan Hadis tidak menjadi masalah jika dia betul-betul tahu tentang Al-Quran & Hadis. Apa pun isu ini tidak harus dibahaskan secara emosional. 
 
Ini mungkin one step forward bagi non-Muslim di Malaysia menerima undang-undang Islam secara menyeluruh dilaksanakan di Malaysia pada masa depan. 
 
Wallahua'lam.
 
 
  And We sent not you, but a mercy for all worlds. (Al-Anbiya'- ayat 107)

Tiada ulasan: