Selasa, 2 Februari 2010

TAFSIR MIMPI DALAM ISLAM

Orang 'dulu-dulu' & mungkin sekarang masih ada lagi yg percayakan mimpi. Antara kepercayaan yg pernah kita dengar ialah kalau mimpi dipatuk ular maknanya tak lama lagi akan bertemu jodoh dan banyak lagi tafsiran mimpi yang lain. Wallahua'lam daripada mana tafsiran tersebut diperolehi tidak pula saya ketahui tetapi wujud satu buku tafsiran mimpi yang amat masyhur di kalangan kita. Buku tersebut disandarkan kepada seorang Tabiin bernama Ibnu Sirin. 

Walau bagaimanapun ada ulama' telah mentahqiqkan bahawa sandaran buku tersebut kepada Ibn Sirin adalah tidak tepat. Antara ulama' tersebut adalah Syeikh Masyhur Hassan Salman di dalam kitab " كتب حذر منها العلماء " dan kitab " منتخب الكلام في تفسير الأحلام ". Malah dilaporkan di dalam Forum Multaqa Ahlul Hadeth bahawa Syeikh Masyhur Hassan Salman semasa memberi komen berkenaan kitab tersebut di dalam satu kelas pengajian mingguan syarah kitab Sohih Muslim, beliau berkata "kitab tersebut adalah penipuan ke atas Ibnu Sirin dan penulis sebenar adalah Abu Said Al-Wa'iz As-Syafie'. 

Begitu juga diceritakan bahawa Syeikh Abu Addul Rahman Muhammad Amru Bin Abdul Latif  as-Syanqiti rahimahullah (w1429) telah melalui suatu jalan dan berhenti di  kedai buku. Mata beliau terlihat satu buku yg tertulis nama Ibnu Sirin dan beliau menjadi amat marah serta berkata dengan suara yg tinggi 'penipuan....ini semua penipuan atasnya'. 

Di dalam perbincangan Forum Multaqa Ahlul Hadeth dinyatakan bahawa pengarang kitab tersebut adalah seorang alim mazhab Syafie iaitu Abdul Malik Bin Muhammad Kharkusyi Nisaburi yg dikenali dengan gelaran Abu Said Al-Wa'iz yg meninggal tahun 407H dan nama sebenar kitab tersebut adalah البشارة و النذارة في تفسير الأحلام . Ustaz Ibrahim Solih dalam muqaddimmah kitab Ibnu Qutaibah dalam bab tersebut menyatakan bahawa jika diperhati kitab tafsir mimpi tersebut didapati bahawa banyak kali diulang 'berkata Ustaz Abu Said Wa'iz' yg menunjukkan bahawa dia adalah pengarang kitab tersebut. Ada juga yg berpendapat kitab yg disandarkan kepada Ibnu Sirin adalah karangan seorang ahli sufi yg dikenali sebagai Abdul Ghani As-Sufi dan nama kitabnya ( تعطير الأنام في تعبير المنام). Kitab tersebut dipenuhi dengan cerita-cerita yg tiada asal usul.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tafisr mimpi adalah sesuatu yg tidak wujud. Kisah Nabi Yusuf menceritakan bagaimana baginda mendapat wahyu untuk menafsir mimpu Al-Aziz. Di kalangan ulama' juga ada yg mempunyai karamah untuk menafsir mimpi. Tetapi menafsir mimpi bukanlah satu ilmu yg boleh diusahakan melalui pembacaan tetapi merupakan kurnian Allah. Sebab itulah ada ulama' yg mengarang kitab menceritakan penafisran mereka terhadap mimpi antaranya Ibnu Surur Al-Hanbali yg hidup sezaman dgn Ibnu Taimiyyah dengan kitab ( قواعد في تعبير الرؤيا). Antara tafisr mimpi yg paling hampir tepat yg dilakukan adalah yg dia namakan sebagai (الشهاب العابر) sehinggakan ahli ilmu di zamannya memberi komen: mungkin dia mempunyai penglihatan Jin.  Kitab-kitab lain yg dikarang oleh ulama' adalah seperti (تعبير الرؤيا) oleh Al-Qadiri Dinuri dan banyak lg kitab-kitab yg tidak dicetak. 

Diceritakan bahawa Syeikh Nasiruddin Al-Albani pernah berkata 'aku telah mengumpulkan kitab-kitab ta'bir mimpi'.... Anak murid kepada Syeikh memberitahu maksud syeikh ialah 'aku telah membaca banyak buku tafsir mimpi tapi aku tidak berjaya menafsirnya.' Pengajarannya bahawa kitab-kitab ttg tafsir mimpi yg dikarang oleh ulama' bukanlah sebagai panduan untuk kita menafsir mimpi tetapi menceritakan pengalaman dan tanda-tanda seseorang itu mampu menafsir mimpi. Dan kitab yg disandarkan kepada Ibnu Sirin adalah bukanlah karangan belaiu yg sebenarnya.




Wallahua'lam

Tiada ulasan: