Sabtu, 8 Mei 2010

Insiden 'Aminulrasyid' satu pengajaran

Apa pun keputusan berhubung insiden yg melibatkan kematian seorang kanak-kanak di Shah Alam pada 26 April 2010 yang lalu, ia akan kekal sebagai catatan sejarah di Malaysia. Apa yang berlaku adalah merupakan Qada' & Qadar Allah. Walau bagaimanapun diharapkan agar ia menjadi satu pengajaran buat kita semua dan juga PDRM. Sikap ego dan rasa 'besar diri' tidak seharusnya ada pada diri setiap manusia walaupun ia mempunyai kuasa dan kekuatan. Sebaliknya kita perlu sentiasa merendah diri dan sentiasa mengkoreksi diri. Memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan bukanlah menandakan kehinaan diri tapi kemulian hati. Pemikiran sebegitulah yang patut ada dalam diri setiap manusia tidak kira dia sebagai anggota polis biasa atau ketua polis negara. 

Ingin saya kongsikan di sini beberapa 'guidelines' yang sepatutnya telah diketahui  & dipakai oleh anggota polis dalam penggunaan senjata api. Dalam UN Basic Principles on the Use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials 1990  yg diterimapakai semasa Kongres Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke-8 di Havana, Cuba, Artikel 9 menyebut bahawa:


9. Law enforcement officials shall not use firearms against persons except in self-defence or defence of others against the imminent threat of death or serious injury, to prevent the perpetration of a particularly serious crime involving grave threat to life, to arrest a person presenting such a danger and resisting their authority, or to prevent his or her escape, and only when less extreme means are insufficient to achieve these objectives. In any event, intentional lethal use of firearms may only be made when strictly unavoidable in order to protect life.

Untuk maklumat lanjut tengok di sini: http://www2.ohchr.org/english/law/firearms.htm

Manakala di dalam UN Code of Conduct for Law Enforcement Officials 1979, Artikel 3 jelas menyatakan bahawa:
Law enforcement officials may use force only when strictly necessary and to the extent required for the performance of their duty.  
Commentary :
( a ) This provision emphasizes that the use of force by law enforcement officials should be exceptional; while it implies that law enforcement officials may be authorized to use force as is reasonably necessary under the circumstances for the prevention of crime or in effecting or assisting in the lawful arrest of offenders or suspected offenders, no force going beyond that may be used.

( b ) National law ordinarily restricts the use of force by law enforcement officials in accordance with a principle of proportionality. It is to be understood that such national principles of proportionality are to be respected in the interpretation of this provision. In no case should this provision be interpreted to authorize the use of force which is disproportionate to the legitimate objective to be achieved.

( c ) The use of firearms is considered an extreme measure. Every effort should be made to exclude the use of firearms, especially against children. In general, firearms should not be used except when a suspected offender offers armed resistance or otherwise jeopardizes the lives of others and less extreme measures are not sufficient to restrain or apprehend the suspected offender. In every instance in which a firearm is discharged, a report should be made promptly to the competent authorities.

Untuk maklumat lanjut tengok di sini: http://www2.ohchr.org/english/law/codeofconduct.htm

Oleh itu jelaslah bahawa penggunaan senjata api tidak sepatutnya dipermudahkan. Di Malaysia anggota polis mempunyai IGP Standing Order berkenaan penggunaan senjata api tetapi IGPSO tersebut tidak didedahkan kepada orang ramai. Walau apa pun jika ia selaras dengan guideline UN tersebut sudah semestinya tidak akan timbul pertikaian dalam insiden-insiden yang telah berlaku.Mungkin SUHAKAM lebih perlu berperanaan mengingatkan anggota polois kepada 2 dokumen UN ini. Akhir sekali, mungkin ada yang akan berkata 2 dokumen ini adalah bukan undang-undang di Malaysia, oleh itu saya rujuk kepada Kanun Prosedur Jenayah (CPC) maka Seksyen 15 (3) CPC yang menyentuh tentang cara tangkapan oleh anggota polis menyatakan secara jelas bahawa :


Arrest, how made 
15. (1) In making an arrest the police officer or other personmaking the same shall actually touch or confine the body of the person to be arrested unless there is a submission to the custody by word or action.

(2) If such person forcibly resists the endeavour to arrest him or attempts to evade the arrest such officer or other person may use all means necessary to effect the arrest.  
(3) Nothing in this section gives a right to cause the death of a person who is not accused of an offence punishable with death or with imprisonment for life.


Apa yang saya boleh faham daripada ketiga-tiga dokumen ini ialah polis atau mana-mana penguatkuasa yang diberikan senjata api tidak boleh menggunakannya kecuali dalam 4 keadaan berikut:
  1. untuk mempertahankan diri sendiri atau diri orang lain daripada ancaman yang boleh membawa maut atau kecederaan serius yang pasti atau kemungkinan besar akan berlaku jika tidak dihalang dengan senjata api
  2. untuk menghalang berlakunya kesalahan jenayah serius tertentu yang melibatkan ancaman serius terhadap nyawa
  3. untuk menahan individu yang boleh memberi bahaya sedemikian (bahaya kepada nyawa) dan melawan keautoritian polis (untuk menahan mereka)
  4. untuk menghalang individu tersebut melarikan diri 
Walau bagaimanapun penggunaan senjata api itu tidaklah mutlak dan tertakluk kepada syarat iaitu semua cara-cara yang tidak ekstrem seperti  mempertahankan diri tanpa penggunaan senjata api, memberi arahan agar  menyerah diri, mengadakan sekatan jalan, memberi amaran untuk menembak dll lagi telah digunakan tetapi tidak juga dapat mencapai 4 matlamat tersebut, barulah senjata api boleh digunakan. Itu pun tembakan amaran ke udara terlebih dahulu perlu diberikan. Walau apa pun penggunaan senjata api dianggap sebagai langkah yang ekstrem dan seupaya mungkin dielakkan terutama terhadap kanak-kanak. Manakala Seksyen 15 (3) pula menghalang daripada anggota polis daripada menyebabkan kematian ke atas mana-mana individu yang cuba ditangkap jika individu tersebut tidak disyaki membuat kesalahan jenayah yang boleh dihukum hukuman mati atau penjara seumur hidup. Dalam erti kata lain, senjata api boleh digunakan untuk 4 tujuan yang dinyatakan di atas tetapi penggunaan tersebut tidak boleh menyebabkan kematian kecuali jika individu yang disyaki terlibat dalam kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup seperti terlibat dalam pembunuhan dan pengedaran dadah. 

Sekadar berpendapat...........Wallahua'lam.

  




Tiada ulasan: