Selasa, 18 Mei 2010

Antara MUJADDID & MUBADDID: Siapakah mereka?

روي عن أبي هريرة في سنن أبي داود
عن النبى صلى الله عليه وسلم قال :  إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah di dalam Sunan Abu Daud
Daripada Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada setiap permulaan seratus tahun orang yang memperbaharui untuknya agamanya.- Sunan Abu Daud (4291)
 
Kata-kata Syeikh Yusuf Qardawi mengenai tajdid amat menarik:
 
نرفض التبديد كما نرفض التقليد 
إننا نؤمن بالتجديد إذا كان تجديداً حقاً، ونرحب بالمجددين إذا كانوا مجددين صدقاً، أما هؤلاء الذين ذكرنا نماذج لهم، فإن ما دعوا إليه لا يدخل في باب التجديد، بل هو من باب الهدم والتبديد.
إننا نرفض هؤلاء المبددين بقدر رفضنا دعاة (التقليد) و (التجميد) الذين يريدون أن يبقى كل قديم على قدمه، ولا يرحبون بأي اجتهاد جديد أو فكر جديد، شعارهم : ما ترك الأول إلى الآخر شيئاً.. وليس في الإمكان أبدع مما كان.
نحن نرفض الذين يريدون أن يجرموا على الناس أن يفكروا بعقولهم، وأن يجتهدوا لزمانهم، كما اجتهد السابقون لزمانهم، ونرى أن هؤلاء الجامدين يسيئون إلى أنفسهم، وإلى الدين، الذين يزعمون أنهم يتكلمون باسمه، وهذا الدين ليس فيه رجال كهنوت، ولا اكليروس، إنما فيه علماء قادرون راسخون مؤهلون لأن يردوا فروعه إلى أصوله، وأن يأتوا البيوت من أبوابها، ويستقوا المياه من منابعها النقية.
وقد ذكر الأمير شكيب أرسلان في كتابه (لماذا تأخر المسلمون؟) : إن الدين إنما ضاع بين جاحد وجامد، فالجاحد يضلل الناس بجحوده، والجامد يفتنهم بجموده


Kami menolak Tabdid (pensia-sian warisan ulama') sebagaiman kami menolak Taqlid (ikutan membuta tuli)
Sesungguhnya kami beriman dengan Tajdid (pembaharuan) jika Tajdid tersebut Tajdid yg hak, kami mengalu-alukan para mujaddid jika mujaddid tersebut bersifat benar, manakala individu-individu yang telah kami sebutkan adalah contoh bagi mereka, sesungguhnya apa yang diseru oleh mereka bukanlah termasuk dalam bab tajdid, bahkan termasuk bab tabdid dan penghancuran.
Kami menolak golongan Mubaddidin sebagaimana kami menolak pendakwah kepada Taqlid & kejumudan yang menghendaki sesuatu yang lama kekal atas keadaan yang lama, mereka tidak mengalu-alukan Ijtihad atau pemikiran baru. Syiar mereka ialah 'tidaklah tertinggal dari awal hingga akhir sesuatupun ..... dan tiadalah kemungkinan untuk membuat sesuatu yang baru daripada apa yang telah sedia ada'.

Kami menolak mereka yang menghalang orang berfikir menggunakan akal mereka, berijtihad untuk zaman mereka sebagaimana telah berijtihad orang zaman dahulu untuk zaman mereka. Kami melihat mereka yang jumud ini memburukkan diri mereka dan agama, kerana mereka mendakwa mereka bercakap atas nama agama .
Hakikatnya di dalam agama ini tidak ada tukang ramal dan juga pendeta tetapi yang ada adalah ulama' yang mendalam keilmuannya dan berkeahlian untuk mengembalikan perkara ranting kepada usulnya, yang mendatangi rumah dari pintu-pintunya dan mengambil air dari puncanya yang bersih dari kekotoran.

Syakib Arsalan telah menyatakan di dalam bukunya 'Kenapa Umat Islam ketinggalan?'
'sesungguhnya agama ini hilang antara golongan tidak berterima kasih & jumud. Yang tidak berterima kasih menyesatkan manusia dengan sikap penolakanya (kepada warisan ulama' dahulu) manakala golongan jumud menganiayai mereka dengan kejumudannya'
  
Nama-nama Mujaddid Islam
 
1. Umar Abdul Aziz lahir tahun 60 Hijrah mujaddid di dalam bidang pemerintahan
2. Imam Ahmad bin Hanbal lahir tahun 164 Hijrah mujaddid di dalam fitnah terhadap Al-quran
3. Imam Ghazali lahir tahun 450 Hijrah mujaddid dalam menghidupkan agama
4. Syeikh Abdul Qadir Jailani lahir tahun 471 Hijrah mujaddid dalam ilmu suluk
5. Syeikhul Islam Ibn Taimiah lahir tahun 661 Hijrah mujaddid dalam menentang bidaah dan berpegang dengan Al-Quran & Sunnah
6. Jalaluddin Sayuti lahir tahun 849 Hijrah mujaddid dalam ilmu-ilmu Islam
7. Ahmad Surhandi lahir tahun 971 Hijrah mujaddid menentang Din Ilahi ciptaan Akbar
9. Syeikh Waliullah Dahlawi mujaddid dalam menghidupkan ilmu Hadis di India
10. Muhammad bin Abdul Wahab mujaddid di dalam Aqidah

Kecuali Umar Abdul Aziz yang disepakati oleh semua ulama' dan Ahmad Surhandi yang disepakati ulama' India, yang lain masih diperselisihkan.

Tiada ulasan: