Rabu, 19 Mei 2010

Kesan Ibadah

Di dalam Al-Quran Allah adat menyatakan bahawa solat itu mencegah fahsya' & kemungkaran. tetapi berapa ramai yang mengerjakan solat tetapi masih melaksanakan kemungkaran. Syeikh Solih Al-Uthaimin rahimahullah di dalam mensyarahkan Hadis 40 Nawawi menyatakan 3 perkara yang menyempurnakan lagi ibadat kita jika kita dapat melaksanakan perkara ini. Syeikh memulakan dengan menyebut:

أودّ أن أذكّر نفسي وإيّاكم بمسألة مهمة وهي

كلنا يتوضّأ إذا أراد الصلاة،لكن أكثر الأحيان يريد الإنسان أن يقوم بشرط العبادة فقط، وهذا لابأس، ويحصل به المقصود، لكنْ هناك شيء أعلى وأتم

أولاً: إذا أردت أن تتوضأ استشعر أنك ممتثل لأمر الله في قوله: (َيا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ) (المائدة: الآية6) حتى يتحقق لك معنى العبادة.

ثانياً: إذا توضأت استشعر أنك متبع رسول الله، فإنه قال: "مَنْ تَوَضّأَ نَحْوَ وُضُوئي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ" أخرج البخاري ومسلم حينئذٍ يكون الإخلاص والمتابعة .

ثالثاً: احتسب الأجر على الله عزّ وجل بهذا الوضوء، لأن هذا الوضوء يكفر الخطايا، فتخرج خطايا اليد مع آخر قطرة من قطرات الماء بعد غسل اليد، وهكذا البقية.

هذه المعاني الثلاثة العظيمة الجليلة أكثر الأحيان نغفل عنها، كذلك إذا أردت أن تصلي وقمت للصلاة استشعر أمر الله بقوله: (وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ ) [البقرة:43] ثم استشعر أنك تابع لرسول الله صلى الله عليه وسلم حيث قال: "صَلوا كَمَا رَأَيتُموني أُصَلي" أخرجه البخاري ثم احتسب الأجر،لأن هذه الصلاة كفارة لما بينها وبين الصلاة الأخرى، وهلم جراً.

يفوتنا هذا كثيراً ولذلك تجدنا- نسأل الله أن يعاملنا بعفوه - لانصطبغ بآثار العبادة كما ينبغي وإلا فنحن نشهد بالله أن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر، ولكن مَنْ مِنَ الناس إذا صلى تغير فكره ونهته صلاته عن الفحشاء والمنكر؟! اللهم إلا قليل، لأن المعاني المقصودة مفقودة. [شرح الأربعين النووية لشيخ أبن عثيمين رحمه الله( ص252-254)]

Aku amat suka untuk mengingatkan kepada diriku dan kalian tentang persoalan penting iaitu
setiap kita berwudu' apabila ingin menunaikan solat, tetapi pada kebanyakan masa di kalangan kita hanya mementingkan syarat wudu' sahaja, itu tidak mengapa. Dan dengan itu akan tercapai maksud (yang dikehendaki). Tetapi sebenarnya ada perkara yang lebih penting dan utama:

Pertama: Apabila kalian ingin berwudu' hadirkanlah (di hati ketika itu) perasaan bahawa kalian mengikuti perintah Allah sebagaimana firman-Nya
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Maaidah- ayat 6)
sehingga tercapai makna ibadah (yang sebenarnya)

Kedua: Apabila kalian berwudu' maka datangkanlah perasaan bahawa kalian mengikut sunnah Nabi. Sesungguhnya baginda bersabda: 'sesiapa yang berwudhu' seumpama wudhu aku ini dan kemudian menunaikan solat dua rakaat' dikeluarkan oleh Bukhari & Muslim. Pada ketika itu wujud keikhlasan dan Mutabaah (mengikut sunnah)


Ketiga: Harapkanlah ganjaran pahala daripada Allah dengan wudhu' yang dilaksanakan kerana wudhu' tersebut menghapuskan dosa. Dosa tangan akan terhapus sehingga ke titisan air wudhu' terakhir yang menitis daripada tangan setelah membasuh tangan dan begitulah anggota seterusnya.
 
TIGA makna besar tersebut selalu kita terlupa. Begitu juga bila kalian ingin bersolat maka hadirkanlah perasaan bahawa kalian menunaikan perintah Allah sebagaimana firman-Nya "dirikanlah solat"-(Al-Baqarah-ayat 43). Kemudian hadirkanlah perasaan bahawa kalian mengikut sunnah Rasulullah sebagaimana sabda baginda "solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat" dikeluarkan oleh Bukhari. Kemudian berharaplah ganjara pahala daripada Allah kerana setiap solat Fardhu itu penghapus dosa antara dua solat fardhu. dan seterusnya.
 
telah hilang perkara ini dari kita sehingga kita dapati- semoga Allah mengampuni kita- kita tidak merasakan kesan-kesan ibadah sebagaimana yang sepatutnya jika tidak sudah tentu kita bersaksi dengan nama Allah bahawa solat itu mencegah fahsya' dan mungkar. Tetapi siapa di kalangan manusia yang bila ia bersolat berubah pemikirannya dan solat mencegahnya daripada kemungkaran?? Ya Allah sungguh sedikit yang termasuk dari kalangan tersebut. Ini kerana makna yang dikehendaki telah hilang.  

Tiada ulasan: