Selasa, 4 Mei 2010

APAKAH MAZHAB IMAM BUKHARI, MUSLIM, DAUD, TIRMIZI DAN ULAMA' HADIS

وقد سئل شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله ـ مجموع الفتاوي 20/39 ـ هل البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه وأبو داود الطيالسي والدرامي والبزار والدارقطني والبيهقي وابن خزيمة وأبو يعلى الموصلي هل كان هؤلاء مجتهدين لم يقلدوا أحدا من الأئمة أم كانوا مقلدين ؟ وهل كان من هؤلاء أحد ينتسب إلى مذهب أبي حنيفة ؟ ...


فأجاب:الحمد لله رب العالمين أما البخاري ، وأبو داود ؛ فإمامان في الفقه من أهل الاجتهاد ، وأما مسلم والترمذي والنسائي وابن ماجه وابن خزيمة وأبو يعلى والبزار ونحوهم فهم على مذهب أهل الحديث ليسوا مقلدين لواحد بعينه من العلماء ، ولا هم من الأئمة المجتهدين على الإطلاق بل هم يميلون إلى قول أئمة الحديث كالشافعي وأحمد وإسحاق وأبي عبيد وأمثالهم ، ومنهم من له اختصاص ببعض الأئمة كاختصاص أبي داود ، ونحوه بأحمد بن حنبل وهم إلى مذاهب أهل الحجاز كمالك ، وأمثاله ، أميل منهم إلى مذاهب أهل العراق كأبي حنيفة
والثوري ... وهؤلاء كلمهم يعظمون السنة والحديث .. اهـ باختصار

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah R.A telah ditanya - di dlm Majmu' Fatawa Jld 20- Adakah Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaie, Ibn Majah, Abu Daud Thoyalusi, Darimi, Bazzar, Daruqutni, Baihaqi, Ibn Khuzaimah dan Abu Ya'la Al-Mausuli merupakan Mujtahid dan tidak bertaqlid kepada mana-mana Imam atau mereka ini orang yang bertaqlid? Dan adakah antara mereka ini bermazhab kepada mazhab Abu Hanifah?

Maka Syeikhul Islam menjawap: Segala puji untuk Allah Rab sekalian Alam. Bagi Bukhari dan Abu Daud maka mereka berdua adalah Imam dalam bidang Fiqh daripada kalangan Ahli Ijtihad. Manakala Muslim, Tirmizi, Nasa'ie, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan lain-lain adalah berpegang kepada Mazhab Ahli Hadis seperti Syafie, Ahmad, Ishaq, Abu Abid dan lain-lain lagi yang seperti mereka. Ada di kalangan mereka yang khusus merujuk kepada sebahagian Imam seperti Abu Daud (Al-Tayalusi) dan seumpama beliau yang merujuk secara khusus kepada Ahmad bin Hanbal. Mereka cenderung kepada mazhab-mazhab Ahlul Hijaz seperti Imam Malik dan lain-lain, dan ada yang cenderung kepada mazhab-mazhab Ahlul Iraq seperti Abu Hanifah dan As-Sauri.... dan mereka semua ini mengutamakan sunnah dan hadis...secara ringkas.

Catatan Penulis: Kesimpulan yang dapat diambil daripada pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah ialah bagi beliau Imam Bukhari & Abu Daud adalah mujtahid mutlak dan mempunyai pandangan sendiri di dalam bidang Fiqh manakala Muhaddisin yang lain yang mengumpul & mempunyai buku Hadis tersendiri, mereka berpegang kepada pendapat Imam-Imam sebelum mereka di dalam bidang Fiqh. Walau bagaimanapun mereka tidaklah tertakluk kepada satu-satu mazhab cuma mereka cenderung kepada mazhab-mazhab tertentu seperti mazhab Ahlul Hijaz & mazhab Ahlul Iraq. Tetapi mereka tetap mengutamakan hadis dan sunnah melampaui pandangan manusia. Wallahua'lam.


2 ulasan:

Ustaz Mubarak berkata...

Jangan follow ibnu taimiyah... Wahabi ni... Follow imam2 yg muktabar dan terkenal

Ishak Adanan berkata...

Bagi saya 4 mazhab semua mengikut sunnah kerana ada nas masing2. Dgn adanya 4 mazhab semua sunnah nabi SAW dihidupkan didunia. Cuma ari segi nak ikut imam mana saya pilih imam yg hafiz quran dan bnyak hafaz hadis juga imam yg khatam quran 2 kali sehari kerana hatinya bersih. Org yg hati dan fikirannya bersih boleh hafaz quran dan hafaz bnyak hadis. Ada riwayat menyatakan sewaktu hampir wafat imam itu telah mengkafankan dirinya tahu saat2 hampir kematiannya.