Isnin, 7 Jun 2010

Wafatnya Syeikh Abdullah Bin Abdul Rahman Al-Ghadyan, Ahli Majlis Ulama', Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa Kerajaan Saudi

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.
(Hadis Muttafaqun alaihi)
 
Pada Hari Selasa, 18 Jamadil Akhir 1431H bersamaan 1 Jun 2010 seorang lagi ulama' Arab Saudi iaitu Syeikh Abdullah Al-Ghadyan telah diambil oleh Allah untuk kembali kepada-Nya. Semoga Allah merahmati roh beliau dan memberi sebaik-baik balasan kepada beliau. 
 
إنا لله وإنا إليه راجعون
 
اللهم أجرنا في مصيبتنا واخلفنا لنا خيراً منه
 
نسأل الله أن يسكنه فسيح جناته ويغفر له ويرحمه


Ya Allah jangan lah Engkau jadikan orang yang memimpin kami dikalangan mereka yang jahil yang sesat dan akan menyesatkan orang lain....Amin.  

Tiada ulasan: