Selasa, 2 Julai 2013

SUPPPORT FOR MUSLIMAH AGAINST NEW IMPERIALISM


Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tentang satu kempen yang dijalankan oleh Muslimah di negara Arab & Barat pada April yang lalu iaitu kempen Muslim Women Againts Famen. Kempen berkenaan adalah reaksi kepada kumpulan sekstremis yang dikenali sebagai Femen, diasaskan oleh Inna Shevchenko, yang mengisytiharkan Topless Jihad Day bagi memberi sokongan kepada seorang perempuan yang beragama Islam dari Tunisia yang menayangkan gambarnya separuh berpakaian. Akibat tindakan perempuan muda tersebut beliau dikecam oleh pelbagai pihak termasuk ahli keluarganya sehingga beliau mendakwa dipukul oleh ahli keluarganya sendiri. 



Mungkin pegajaran yang dapat diambil daripada peristiwa ini adalah:
Perlunya Muslimah ke depan menangani cabaran moden dan menyampaikan dakwah kepada mereka yang kurang tahu tentang Islam dalam erti kata yang sebenar.
Femen mengambarkan cara berfikir manusia era post-modernisme yang menyonsang daripada adab dan akhlak. Makna kepada kebebasan, akhlak, baik, buruk dan seterusnya ingin dirungkai dan diberi makna baru yang cenderung kepada dorongan nafsu bertopengkan akal.
Wujudnya dakyah untuk mengajak umat Islam agar menerima cara berfikir yang menyalahi fitrah manusia dan ada yang mungkin terpengaruh kerana faktor-faktor tertentu.
Keperluan untuk kesatuan ummah Islam dalam menangani perkara-perkara pokok melibatkan agama Islam. 

Apa yang menarik adalah antara kata-kata sokongan daripada Muslimah seperti:



  

Kredit Gambar kepada MuslimaPride
   

Tiada ulasan: